Monday, March 17, 2014

Konsert Future Music Festival Asia anjuran Live Scape Sdn Bhd di Stadium Bukit Jalil pada 13 dan 14 Mac yang lalu sebelum dibatalkan pada 15 Mac 2014.

Memetik ungkapan sahabat saya Yb Ustaz Nik Mohd Abduh dari Pasir Mas laman sosialnya : "Kamu haramkan dadah, kamu halalkan konsert dadah. Kamu haramkan anak zina, kamu halalkan pergaulan bebas. Kamu mahu syurga, kamu bergerak ke neraka."

Saturday, March 15, 2014

MH370 ? #Doa buat MH370

Kehilangan MH370 pada 8 Mac minggu lepas bukan sahaja mengemparkan Malaysia malah seluruh dunia. Isu ini turut menenggelamkan PRK Kajang dan isu-isu lain. Astro Awani saban waktu memfokuskan isu ini. Pelbagai ramalan dibuat, daripada pakar mahupun bomoh. Malah dalam laman sosial dan what aps turut membahaskan isu ini dari fakta, lawak dan menunding jari serta mengulas sendiri. Dalam era kecanggihan teknologi kini pun belum mampu menyelesaikan isu ini. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar dapat menemui jawapannya.

Monday, June 17, 2013

Kali kedua ke Sabah

Selepas tahun 2006, aku kembali lagi ke Sabah pada 1-4 Jun 2013. Tujuan utama program kali ini adalah untuk mengembirakan para pelajar asrama yang menjejakkan kaki kali pertama ke negeri di bawah bayu ini. Paling baik, aku dapat bertemu sahabat baik ketika di UPSI iaitu Shahrul. Terima kasih bah kerana sanggup datang dari Sandakan. Jauh tu bah rul. Tidak lupa keluarga angkat di Ranau, walaupun hampir 7 tahun tidak bertemu, namun kalian masih mengenali diri ini. Terima kasih daun keladi, ada masa kita berjumpa lagi.






Sunday, September 9, 2012

Disiplin Oh Disiplin

Nampaknya hampir setahun aku tidak mengemas kini blog dan hari ini aku terpanggil untuk berkongsi pahit maung dan suka duka menjadi insan yang bergelar pendidik merangkap warden. Pada hari ini, ada seorang pelajar yang minta tukar sekolah dengan alasan disiplin di asrama terlalu ketat. Apa yang menjadi persoalannya ibu bapa turut menyokong alasan tersebut. Aduhai sang bayu, bertiuplah kearah kesedaran. Seperti mana riwayat sirah, sahabat bertanya bagaimanakah rupa generasi akan datang, Nabi menjawab, lihatlah perilaku anak-anak sekarang. Fikir-fikirlah untuk kebaikan bersama.


Saturday, October 29, 2011

Bermesra dengan alam

Alam mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan manusia. Tanpa alam manusia tidak mampu meneruskan kehidupan. Kelangsungan alam bermaksud manusia dapat menikmati kehidupan dengan aman dan tenang. Tahukah anda? kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan sangat tinggi dalam kalangan manusia, namun peranan yang dimainkan tidak seindah seperti dihasratkan. Tangan-tangan manusialah yang menyebabkan kehidupan alam terganggu sekaligus turut menjejaskan kehidupan manusia. Untuk merealisasikan aspirasi pengekalan kelangsungan alam, kita seharusnya berusaha untuk menyampaikan maklumat betapa penting alam kepada manusia sama ada habitat flora dan fauna. Ingatlah, jangan terhantuk baru hendak terngadah. Renungkanlah. Bersahabatlah dengan alam kerana kita memerlukan alam untuk hidup.