Saturday, October 29, 2011

Bermesra dengan alam

Alam mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan manusia. Tanpa alam manusia tidak mampu meneruskan kehidupan. Kelangsungan alam bermaksud manusia dapat menikmati kehidupan dengan aman dan tenang. Tahukah anda? kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan sangat tinggi dalam kalangan manusia, namun peranan yang dimainkan tidak seindah seperti dihasratkan. Tangan-tangan manusialah yang menyebabkan kehidupan alam terganggu sekaligus turut menjejaskan kehidupan manusia. Untuk merealisasikan aspirasi pengekalan kelangsungan alam, kita seharusnya berusaha untuk menyampaikan maklumat betapa penting alam kepada manusia sama ada habitat flora dan fauna. Ingatlah, jangan terhantuk baru hendak terngadah. Renungkanlah. Bersahabatlah dengan alam kerana kita memerlukan alam untuk hidup.



Monday, October 3, 2011

CONTOH JAWAPAN BM BAHAGIAN B PERCUBAAN PAHANG 2011

Nama Pelajar : Fairus Khairunisa(5A1)

Ditulis semula oleh: Nur Syahirah 4M1 dan Nur Zafira 4M2)

TAJUK: PERANAN IBU BAPA DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

Dalam mendepani era globalisasi dekad ini,masalah disiplin dalam kalangan remaja menjadi bualan hangat dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia.Disiplin adalah kelakuan yang berteraskan peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah institusi yang harus dipatuhi.Namun demikian,kita acap kali tersentak dengan polemik ini yang dicetuskan sendiri oleh remaja sekali gus telah mencalarkan nama negara.Masalah disiplin pelajar sering terpampang di dada-dada akhbar dewasa ini seperti buli dan ponteng sekolah.Dalam hal ini,ibu bapa amat berperanan bagi membentuk akhlak anak-anak.Jadi,pelbagai langkah yang elektif dan proaktif harus dijalankan secara drastik oleh ibu bapa agar masalh disiplin pelajar dapat diminimumkan.

Pada realitinya,ibu bapa merupakan golongan paling hampir terhadap remaja.Dalam konteks ini,peribahasa melayu seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya,harus diaplikasikan oleh ibu bapa di rumah.Pada waktu yang sama,ibu bapa harus menjadi ‘role model’yang terbaik buat anak-anak.Sebagai tamsilannya,sekiranya ibu bapa mahu anak-anak menunaikan sembahyang dan berakhlak baik,ibu bapa harus memulakannya terlebih dahulu.Fakta menyatakan,anak-anak mudah terangsang melalui penglihatan,pendengaran dan perlakuaan di sekelilingnya.Demikianlah sekadar menyambil kata-kata mutiara Nasca,di dunia ini tiada gagal yang ada hanyalah pintu kejayaan yang tertunda.Oleh itu,ibu bapa harus memberikan contoh yang terbaik buat anak-anak bagi membentuk disiplin yang mantap dalam diri anak-anak.

Selain itu,tanpa menunding jari ke arah lain,ibu bapa harus menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan berkeluarga secara total dan padu.hal ini demikian kerana keikhlasan dapat membersihkan daripada segala kekotoran,begitulah terdapat kata-kata mutiara yang dapat disinonimkan dengan fenomena ini.Sebagai contohnya,ibu bapa perlu melatih anak-anak supaya manjaga pertuturan dan menghormati orang yang lebih tua kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.Dari sudut yang lain,jati diri yang kukuh juga merupakan benteng ampuh untuk menangani masalah disiplin pelajar.Hal ini tercetus apabila,anak0anak akan mempertimbangkan sesuatu sebelum membuat sesuatu keputusan demi menjaga nama baik diri,keluarga dan masyarakat.Tuntasnya,nilai-nilai murni mampu membentuk akhlak anak-anak.

Seterusnya,pengisian masa anak-anak secara efektif oleh ibu bapa mampu mengawal tingkah laku anak-anak.Pepatah Arab ada menjelaskan bahawa masa umpama pedang,jika kamu tidak menghunus pedang itu,maka pedang itu akan menghunus kamu.Menurut kajian yang dikeluarkan baru-baru ini,faktor utama berlakunya masalah disiplin pelajar adalah disebabkan penggunaan masa yang tidak berkualiti.Ini kerana pernah terjadi,apabila ibu bapa bekerja,anak-anak mengambil peluang untuk ponteng sekolah.Ibu bapa juga harus diingatkan supaya tidak menghabiskan masa hanya untuk mencari harta dunia malah masa berkualiti harus diberi kepada anak-anak yang masih memerlukan perhatian khusus daripada ibu bapa.Kita sudah pasti tidak mahu menjadi seperti kera di hutan disusukan,anak di rumah kelaparan jadi,luangkanlah masa untuk anak-anak.

Di samping itu,ibu bapa harus mengutamakan pelajaran kepada anak-anak.Hidup tanpa pelajaran sudah pasti kecundang.Sesungguhnya,ibu bapa harus menggunakan peluang yang ada untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah memandangkan kerajaan telah memperuntukkan sejumlah kos yang besar bagi melihat anak-anak Malaysia berjaya dalam bidang pendidikan.Rentetan daripada senario di atas,anak-anak akan menimba pengalaman baru di sekolah berbanding di rumah.Mereka akan bergaul dalam satu komuniti untuk berlumba-lumba menggapai kejayaan di hari muka.Sekadar mengambil kata-kata Abraham Lincoln,janganlah tanya apa-apa yang dibuat oleh kerajaan kepada kamu,tetapi tanyalah apa-apa yang kamu buat untuk negara.Tambahan pula,orang yang terpelajar,mempunyai personaliti yang bermutu dan bebas daripada masalah sosial.Konklusinya,pelajaran mampu meminimumkan gejala disiplin pelajar.

Selanjutnya,ibu bapa harus membatasi pergaulan anak-anak.Pergaulan bebas antara faktor tercetusnya kebejatan ini.Dalam skop ini,ibu bapa harus cakna terhadap rakan-rakan anak mereka agar peribahasa melayu seperti sediakan paying sebelum hujan dapat direalisasikan.Ibu bapa harus menasihati anak-anak supaya bijak memilih rakan sesuai dengan perpatah inggeris yang mejelaskan jika kamutua,berilah nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.Anak-anak perlu mencari teman yang berwawasan dan berkualiti agar tidak terlibat dalam masalah displin pelajar yang mampu mencalarkan imej sekolah.Akhir kalam,ibu bapa harus mengambil tahu perihal teman-teman anak mereka untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam masalah disiplin pelajar.

Kesimpulannya,dengan keizinan Tuhan,kita mampu menangani masalah disiplin dalam kalangan remaja sehingga ke angka sifar.Barangkali lirik lagu Faizal Tahir,”gemuruh” mampu menaikkan semangat remaja dalam menghadapi polemik ini

Bila bertalu rentak di kalbu,

Hasrat yang tersirat semakinku buru,

Bila bergema laungan gempita,

Harapan bernyala nadiku berganda,

Gemuruh jiwa semangat membara,

Dari puncak ingin ke angkasa,

Bertalukan bintang berkelipan,

Menyerlah jauh dari yang biasa,

Harapan ini bukan sekadar bermimpi,

Segalanya pastikan terbukti nanti.

Oleh itu, remaja dewasa ini perlu menapak dengan menguat segala masalah sosial dengan perasaan yang utuh bagi menggapai sinar baru yang menunggu mereka di negara gading kelak.

CONTOH JAWAPAN BM BAHAGIAN A PERCUBAAN PAHANG 2011

Nama Pelajar : Fairus Khairunisa (5A1)

Ditulis semula oleh: Nur Syahirah 4M1 dan Nur Zafira 4M2

Tajuk: Merealisasikan Gejala Buli Sifar di Sekolah

Buli dapat didefinisikan sebagai suatu perlakuan golongan kuat melakukan penindasan terhadap golongan yang lemah.Buli dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu buli dari segi mental dan fizikal.Baru-baru ini, perlaksanaan gejala buli sifar telah dilakukan oleh kerajaan di sekolah. Kita tidak boleh berdiam diri terhadap isu yang berasal dalam masyarakat dewasa ini. Namun demikian,apakah langkah-langkah yang harus dijalankan? Semua pihak harus turun padang bagi menyelesaikan polemik ini kerana jauhari juga yang mengenal manikam.

Bagi merealisasikan gejala buli sifar di sekolah,peraturan yang tegas harus dijalankan diseluruh sekolah di Malaysia.Falsafah cina ada mengatakan,hanya peraturan yang tegas sahaja yang mampu mengawal tindak tanduk liar manusia.Oleh itu,pihak sekolah perlu mengenakan hukuman yang setimpal kepada para pelajar yang terlibat dalam gejala buli.Sebagai contohnya,buli telah mengakibatkan mangsa menjadi trauma dan terganggu terhadap pembelajaran di sekolah.Biasanya,pelajar akan membentuk satu kumpulan dan mereka akan menjalankan gejala buli bagi menunjukkan kehebatan kumpulan mereka sesuai dengan peribahasa,seperti anjing buruk kepala.

Bagai kelip-kelip terbang malam, begitulah peribahasa yang mampu menyatakan kepentingan pendidikan agama dalam diri remaja. Dalam konteks ini,ibu bapa harus menerapkan pendidikan agama kepada anak-anak bagi membina jati diri yang kukuh. Jika dihalusi permasalahan ini, anak-anak yang jiwanya kosong akan mudah terjebak dalam gejala buli di sekolah. Jadi,tidak hairanlah berita yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada Jun 2008 yang menyiarkan tentang seorang pelajar telah dibuli smapai mati dengan objek iaitu cerek. Melalui pegangan agama yang utuh,para pelajar akan berfikiran secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan sesuai dengan firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 93; Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, telah tersedia baginya neraka jahanam.

Seterusnya,peranan media massa untuk menangani masalah buli di sekolah juga turut diperlukan.Media massa harus menyebarkan propaganda positif terhadap penyelesaian isu ini di kaca televisyen.Sebagai contohnya,iklan-iklan kartun yang melakonkan situasi buli mampu memberi kesedaran sivik kepada para pelajar terhadap gejala buli.Media massa juga harus mengurangkan tayangan filem-filem yang berunsurkan gejala buli di kaca televisyen.Melalui media massa juga,para pelajar mampu memotivasikan diri dan membuat suatu anjakn paradigma untuk tidak terlibat dalam gejala ini seperti terhantuk baru terngadah. Oleh itu,dengan adanya usaha dari media massa gejala buli dapat dihentikan di sekolah-sekolah gerpak prestasi sekolah dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, punca utama berlakunya gejala buli adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya itu sendiri. Selain itu,ibu bapa yang terlalu sibuk dengan perkerjaan telah memberi peluang kepada anak-anak untuk terjebak dalam gejala ini.Di samping itu,masyarakat yang tidak mengamalkan sikap bagai aur dengan terbing turut menyumbang ke arah perkara ini.Oleh itu,sekiranya langkah-langkah yang telah dihuraikan bersama dapat dilaksanakan secara berkesan,tidak mustahillah gejala buli dapat dihentikan secara total di sekolah-sekolah.