Monday, August 29, 2011
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432
Selepas sebulan kita berpuasa, maka tibalah kita kembali kepada fitrah asal dan meraikan kemenangan kita dengan menyambut hari raya Aidil Fitri. Apa yang pasti, segala amalan yang kita kerjakan di bulan Ramadan diharap telah melatih kita untuk terus beribadat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh lagi dalam meniti arus kehidupan yang mendatang. Apa pun kepada semua umat Islam diucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri, berhati-hati memandu dan maaf zahir dan batin.
Tuesday, August 16, 2011
Menutup Aurat Satu Kewajipan Yang Nyata
Remaja Muslim pada hari ini memandang remeh berkenaan kewajipan menutup aurat sedangkan mendedahkan aurat terang-terangan ditegah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan satu bukti azab seksa yang akan diterima oleh manusia yang mendedahkan auratnya kepada umum. Apatah lagi larangan ini turut terdapat dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Ironinya cukup mudah mereka yang mendedahkan aurat terutama wanita amat tegar untuk menerima kebenaran malah mereka berpegang teguh kepada prinsip menghalalkan cara. Selain itu, remaja wanita yang mendedahkan aurat berpendapat bahawa wanita lain turut melakukan perkara yang sama, kenapa tidak ditegah? Masalah inilah terjadi kerana mereka tidak takut kepada ALLAH dan akan sentiasa mengikut contoh yang tidak baik berbanding mengikut kebaikan. Kepada wanita muslim tanyalah hatimu, jika sukar untukmu menerima kebenaran dan nasihat maka hatimu telah diselimuti oleh kotoran yang jijik. Bersihkan hati-hati yang kotor agar kita mendapat keampunan daripada Allah. Tutuplah aurat kerana menutup aurat bererti memelihara maruah. Kembalilah kepada Allah selagi pintu taubat masih terbuka.
Tuesday, August 2, 2011
Isu Telefon Bimbit di Sekolah
Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas adalah persis peribahasa yang sesuai bagi mengambarkan isu yang kian parah ini. Rata-rata masyarakat menganggap perkara ini banyak mendatangkan kemudaratan terhadap pembelajaran di sekolah apatah lagi pelajar membawa telefon bimbit ke asrama. Berdasarkan pemerhatian secara rawak, terdapat banyak kesan negatif berbanding kesan positif.
1. Penipuan - Pelajar yang memiliki telefon bimbit di sekolah akan menggunakan pelbagai taktik agar telefon bimbit tidak dirampas.
2. Video lucah - Pelajar akan lalai apabila sering menonton video ini dalam telefon bimbit masing-masing dan memindahkan setiap aksi video kepada kawan-kawan mereka.
3. Mesej lucah - Para pelajar berbalas-balas mesej lucah dengan teman wanita tanpa segan. Secara tidak langsung kita dapat ramalkan apa yang berlaku dan apa yang kita ramalkan sudah terbukti.
4. Malas belajar - Masa dihabiskan dengan telefon bimbit - Dalam usia mentah sebegini
5. Kecurian - Membawa kepada pergaduhan dan buli
6. Bebanan tugas guru - semakin rumit
7. Fokus cita-cita terganggu
Aspek perbincangan ini meliputi kesan penggunaan telefon bimbit di sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)