Wednesday, July 27, 2011

Lawatan KPRS dan Kelab Setia SMT Kuantan Ke Muzium Sungai Lembing





Lawatan ke Muzium Sungai Lembing telah diadakan pada 27 Julai 2011 iaitu Hari Rabu. Sungai Lembing terletak lebih kurang 42 KM dari bandar Kuantan yang merupakan tempat terkenal satu ketika dahulu. Lawatan ini adalah aktiviti yang dirancang oleh KPRS dan Kelab Setia. Rombongan bertolak dari SMTK pada jam 2.15 dan tiba di Muzium Sungai Lembing pada jam 3.00 pm. Ketua Rombongan, Cik Lailayati berkata, lawatan ini diadakan bertujuan mengimbau kembali kenangan dan menghargai sejarah kegemilangan Sungai Lembing sebagai tempat pelombongan bijih timah dan emas sekitar akhir tahun 1800 dan awal 1900. Pelbagai perkara dapat dipelajari oleh para pelajar yang menyertai lawatan ini terutamanya kaedah pelombongan yang dijalankan dan sejarah Sungai Lembing yang sangat unik. Sebelum pulang pada jam 4.15 petang, rombongan telah singgah di kedai makan untuk menikmati hidangan pengat durian dan mi jawa.

Sekalung penghargaan kepada:
1. Muzium Sungai Lembing
2. Guru-guru pengiring
3. Wan Nizam
4. Para pelajar yang terlibat

No comments:

Post a Comment