Monday, October 3, 2011

CONTOH JAWAPAN BM BAHAGIAN A PERCUBAAN PAHANG 2011

Nama Pelajar : Fairus Khairunisa (5A1)

Ditulis semula oleh: Nur Syahirah 4M1 dan Nur Zafira 4M2

Tajuk: Merealisasikan Gejala Buli Sifar di Sekolah

Buli dapat didefinisikan sebagai suatu perlakuan golongan kuat melakukan penindasan terhadap golongan yang lemah.Buli dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu buli dari segi mental dan fizikal.Baru-baru ini, perlaksanaan gejala buli sifar telah dilakukan oleh kerajaan di sekolah. Kita tidak boleh berdiam diri terhadap isu yang berasal dalam masyarakat dewasa ini. Namun demikian,apakah langkah-langkah yang harus dijalankan? Semua pihak harus turun padang bagi menyelesaikan polemik ini kerana jauhari juga yang mengenal manikam.

Bagi merealisasikan gejala buli sifar di sekolah,peraturan yang tegas harus dijalankan diseluruh sekolah di Malaysia.Falsafah cina ada mengatakan,hanya peraturan yang tegas sahaja yang mampu mengawal tindak tanduk liar manusia.Oleh itu,pihak sekolah perlu mengenakan hukuman yang setimpal kepada para pelajar yang terlibat dalam gejala buli.Sebagai contohnya,buli telah mengakibatkan mangsa menjadi trauma dan terganggu terhadap pembelajaran di sekolah.Biasanya,pelajar akan membentuk satu kumpulan dan mereka akan menjalankan gejala buli bagi menunjukkan kehebatan kumpulan mereka sesuai dengan peribahasa,seperti anjing buruk kepala.

Bagai kelip-kelip terbang malam, begitulah peribahasa yang mampu menyatakan kepentingan pendidikan agama dalam diri remaja. Dalam konteks ini,ibu bapa harus menerapkan pendidikan agama kepada anak-anak bagi membina jati diri yang kukuh. Jika dihalusi permasalahan ini, anak-anak yang jiwanya kosong akan mudah terjebak dalam gejala buli di sekolah. Jadi,tidak hairanlah berita yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada Jun 2008 yang menyiarkan tentang seorang pelajar telah dibuli smapai mati dengan objek iaitu cerek. Melalui pegangan agama yang utuh,para pelajar akan berfikiran secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan sesuai dengan firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 93; Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, telah tersedia baginya neraka jahanam.

Seterusnya,peranan media massa untuk menangani masalah buli di sekolah juga turut diperlukan.Media massa harus menyebarkan propaganda positif terhadap penyelesaian isu ini di kaca televisyen.Sebagai contohnya,iklan-iklan kartun yang melakonkan situasi buli mampu memberi kesedaran sivik kepada para pelajar terhadap gejala buli.Media massa juga harus mengurangkan tayangan filem-filem yang berunsurkan gejala buli di kaca televisyen.Melalui media massa juga,para pelajar mampu memotivasikan diri dan membuat suatu anjakn paradigma untuk tidak terlibat dalam gejala ini seperti terhantuk baru terngadah. Oleh itu,dengan adanya usaha dari media massa gejala buli dapat dihentikan di sekolah-sekolah gerpak prestasi sekolah dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, punca utama berlakunya gejala buli adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya itu sendiri. Selain itu,ibu bapa yang terlalu sibuk dengan perkerjaan telah memberi peluang kepada anak-anak untuk terjebak dalam gejala ini.Di samping itu,masyarakat yang tidak mengamalkan sikap bagai aur dengan terbing turut menyumbang ke arah perkara ini.Oleh itu,sekiranya langkah-langkah yang telah dihuraikan bersama dapat dilaksanakan secara berkesan,tidak mustahillah gejala buli dapat dihentikan secara total di sekolah-sekolah.

6 comments: