Tuesday, August 16, 2011

Menutup Aurat Satu Kewajipan Yang Nyata

Remaja Muslim pada hari ini memandang remeh berkenaan kewajipan menutup aurat sedangkan mendedahkan aurat terang-terangan ditegah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan satu bukti azab seksa yang akan diterima oleh manusia yang mendedahkan auratnya kepada umum. Apatah lagi larangan ini turut terdapat dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Ironinya cukup mudah mereka yang mendedahkan aurat terutama wanita amat tegar untuk menerima kebenaran malah mereka berpegang teguh kepada prinsip menghalalkan cara. Selain itu, remaja wanita yang mendedahkan aurat berpendapat bahawa wanita lain turut melakukan perkara yang sama, kenapa tidak ditegah? Masalah inilah terjadi kerana mereka tidak takut kepada ALLAH dan akan sentiasa mengikut contoh yang tidak baik berbanding mengikut kebaikan. Kepada wanita muslim tanyalah hatimu, jika sukar untukmu menerima kebenaran dan nasihat maka hatimu telah diselimuti oleh kotoran yang jijik. Bersihkan hati-hati yang kotor agar kita mendapat keampunan daripada Allah. Tutuplah aurat kerana menutup aurat bererti memelihara maruah. Kembalilah kepada Allah selagi pintu taubat masih terbuka.


No comments:

Post a Comment