Saturday, July 16, 2011
Lawatan Pengawas SMT Kuantan Ke Kuala Lumpur
Lawatan Pengawas SMT Kuantan ke Kuala Lumpur telah diadakan pada 15-16 Julai 2011. Ketua Rombongan Ustaz Ghazali bersama empat orang guru pengiring mengiringi pengawas seramai 32 orang. Lawatan ini bertujuan menghargai sumbangan pengawas terhadap setiap aktiviti yang melibatkan mereka seperti penglibatan mereka dalam Kejohanan Antara Teknik Peringkat Kebangsaan. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan menambahkan pengetahuan tentang tempat yang dilawati. Antara tempat yang dilawati ialah Bandar Cahaya Shah Alam (I-City), Pameran Pedang Rasulullah, dan KLCC. Pelbagai aksi yang melucukan apabila ada pelajar yang tersesat semasa lawatan ke KLCC. Di I-City, pelajar dapat menikmati perjalanan di Rumah Salji dan kecantikan warna pelbagai jenis lampu. Di Pameran Pedang Rasulullah, pelajar didedahkan dengan kehidupan kesederhanaan Nabi Muhammad SAW dalam perjuangan menegakkan syiar Islam. Para pelajar juga dapat melihat replika pedang Rasulullah, selipar dan rumah Rasulullah serta tulisan Kaligrafi al-Quran. Semasa perjalanan pulang dari KLCC, rombongan kami terserempak dengan Rombongan Kelab Pencegahan Jenayah Teknik Kuantan yang baru tiba ke Kuala Lumpur . Rombongan selamat tiba di SMT Kuantan pada pukul 10.30 malam. Semoga lawatan singkat ini membantu meningkatkan motivasi pelajar supaya belajar bersingguh-sungguh.
Terima kasih kepada:
1. SMV Shah Alam - Penginapan
2.SBPI Pekan - Pengangkutan Bas
3. Pemandu - En. Tengku & En. Mastura
4. Guru-guru pengiring
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment