Thursday, July 14, 2011

Peristiwa Luar Jangka



Peristiwa luar jangka apabila berpindah ke Kuantan, sekolah baharu aku ini ditugaskan menganjurkan Kejohanan Antara Teknik Peringkat Kebangsaan. Tidak diduga apabila pelajar-pelajar di SMV Sibu layak ke Pahang untuk acara Softball dan Bola Jaring. Lebih manis lagi apabila pelajar yang aku mengajar dulu turut serta. Lim Teng Peng, Adriana, Qin-qin, Talam, Merini Jimbun dan Rebecca Lising antara pelajarku yang aku dapat bersua kembali. Rakan-rakan guru Paul, Joshua, Kong Ing dan Joy serta Manyi turut kelihatan. Tahniah kepada anda semua. Dua hari terakhir, Charles Tiong iaitu Pengetua SMV Sibu dapat aku berbual semasa perlawanan akhir Ragbi. Apapun, setiap peristiwa luar jangka pasti menceriakan hidup kita. Insyaallah Sibu, suatu hari nanti, kakiku akan sampai lagi ke sana sebagai pelancong. SMT Kuantan, aku berkhidmat untukmu

No comments:

Post a Comment