Monday, July 18, 2011

Masalah Utama Dalam Pembelajaran Sejarah



Berdasarkan pemerhatian yang saya dijalankan. Rata-rata pelajar mengatakan bahawa mata pelajaran Sejarah amat susah, sukar difahami dan tiada kaitan dengan hidup mereka secara langsung. Saban tahun, inilah masalah utama yang dihadapi oleh guru Sejarah di sekolah.
Apabila diselidik dan telah saya perhalusi terdapat beberapa masalah pelajar yang dapat dikesan dan saya ingin mencadangkan langkah yang terbaik bagi mengurangkan masalah ini.

Masalah 1
Tidak berminat ingin tahu (TIDAK MEMBACA) - Minat boleh dipupuk - Inilah peranan kita sebagai guru.

Masalah 2
Fakta sering terlupa - Masalah ini berpunca apabila pelajar menghafal secara membabi buta tanpa memahami konsep dan kronologi peristiwa yang berlaku.

Masalah 3
Sikap pelajar - Tidak bertanya untuk faham

Masalah 4
Bosan - Sikap zaman babarian : Perlu dihapuskan dalam minda pelajar. Nyatakan kepentingan utama.

Masalah 5
Keterbukaan Fakta - Kebergantungan kepada fakta buku teks semata-mata menyebabkan pelajar tepu dan rigid untuk berfikir. Maka sosiologi yang dialami wajar dikaitkan kehidupan sekarang dengan kehidupan dahulu. Inilah peranan guru agar pelajar dapat membuka minda dengan lebih luas yang mana sejarah kecil dan sejarah besar dapat dibincangkan. Maka pelajar akan menyelami dan menerapkan nilai-nilai sejarah dalam diri mereka.

Masalah 6

Terikat dengan ayat buku teks : Masalah ini paling utama kerana boleh menyebabkan pelajar buntu apabila soalan diubah perkataan sinonimnya, maka pelajar akan mengelabah

Hakikatnya Sejarah ialah Mata Pelajaran Mudah, dipegang dapat, ditinggal jauh, dibaca senang difahami mudah, dihafal lengkap.




No comments:

Post a Comment