Sunday, July 31, 2011

Selamat Datang Ramadan Al Mubarak 1 Ramadan 1432H

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian Alam Selawat dan salam ke atas jujungan besar Nabi Muhammad SAW. Bersyukur kehadrat Allah kerana kita masih berpeluang menunaikan rukun Islam yang ketiga dan menjalani pelbagai ibadat sunat dalam bulan yang mulia ini. Marilah kita rebut peluang yang ada sebaik mungkin. Dalam pada itu, kita sebagai umat Islam hendaklah berpesan-pesan sesama sendiri kerana setiap insan pasti ada kelemahan masing-masing. Kelemahan apabila ditegur haruslah diterima dan kita perlu bertekad agar mengatasi kelemahan yang ada. Apapun kepada seluruh umat Islam diucapkan selamat berpuasa mulai esok dan selamat menjalani ibadat sepanjang bulan Ramadan.

2 comments:

  1. Selamat berpuasa dan menjalankan solat tarawih... semoga makin happy... =) senyum selalu...

    ReplyDelete